skip to main |
skip to sidebar
- Mercuri ~ Biasanya digunakan dalam produk pemutih. Antara kesannya ialah berlakunya iritasi dan alergi pada kulit, kerosakan pada otak, ginjal, gangguan perkembangan janin, kerosakan paru-paru, muntah-muntah, dan KANSER.
- Hydroquinone~Bahan ni juga biasa didapati dalam produk pemuith kulit. Penggunaannya dalam jangka masa panjang boleh mengakibatkan kulit merah dan berasa terbakar, masalah ginjal, KANSER DARAH dan KANSER SEL HATI.
- Sodium Laureth Sulfate~Produk ni memang banyak ada dalam produk2 syampu, sabun, dan pencuci.. Kalo x silap, bahan ni la yang membuatkan banyak buih dan banyak2 buih ni pun x bagus sebenarnya sebab boleh mengeringkan lagi kulit. Bahan ni boleh menyebabkan alergi, asma, sakit kepala, sendi, pening2, KATARAK MATA dll..
- Rhodamin~Bahan ni boleh menyebabkan gangguan pada pernafasan dan KEROSAKAN HATI.
- Paraben~Bahan ni banyak digunakan pada deodoran dan kosmetik. Ia boleh menyebabkan kemerahan dan kesan pada kulit dan disyaki boleh menyebabkan KANSER payudara.Ia diambil dari kulit biri2.
- Propylene Glycol~Bahan ni pun banyak didapati dalam kosmetik dan pencuci muka.Sebabnya bahan ni boleh menyebabkan kesan kemerahan pada kulit, kerosakan ginjal dan hati.
- Isopropyl alcohol~Alcohol ni biasanya digunakan sebagai pelarut dalam produk. Bahan ni boleh merosakkan lapisan kulit dan dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan PENUAAN.
- DEA (Diethanolamine), TEA (Triethanolamine), MEA(Monoethanolamine)~Untuk jangka masa panjang ia boleh menyebabkan KANSER GINJAL DAN HATI.
- Minyak mineral~Minyak ini akan melapisi kulit hingga pengeluaran toksin dalam badan terganggu. Boleh mengakibatkan jerawat.
- Polyethyene Glycol (PEG)~Menyebabkan kelembapan kulit terganggu, penuaan dan bakteria.
- Tretinoin / Retinoic acid~Kulit berasa kering dan terbakar dan menyebabkan kerosakan pada janin.
So lepasni korang pergi pasaraya tu nak beli produk pape cek dulu ek bahan-bahannya.. if bleh elakkan bahan2 bahaya spt diatas,. mungkin sesetngahnya kita x nampak pun pape kesan buruknya tp tuk jangka masa panjang cmne? kebanyakannya leh menyebabkan kanser...Nak cantik bukan cne caranye kena pastikan product yang kite gune 2 betol2 selamat...
Posted by
PUTERA RIBUT
at
11:12 PM
0 comments:
Post a Comment